Tuesday, 4 September 2007

Penternakan Kambing

KAMBING BOER

Projek kambing mempunyai pulangan yang agak tinggi yang diluar kemampuan akauntan untuk memahaminya.Ia dapat menghasilkan melampaui 80% IRR bersih selepas cukai.Pertumbuhannya kelahiran ialah melebihi 180% setahun. Dalam 6 bulan kambing telah mencapai berat 40kilogram dan boleh dijual. Dengan makanan sebanyak RM90/ekor kambing boleh meningkat nilai dalam 6 bulan hingga RM500/ ekor harga pasaran. (melampaui 5x)Risikonya amat rendah dan hanya memerlukan 3 orang pekerja untuk menjaga 1,000 ekor kambing dalam 5 ekar tanah.Pasaran terjamin kerana Malaysia masih mengimport daging kambing dengan harga yang murah tetapi tidak segar. Harga daging kambing Malaysia lebih tinggi daripada kambing import dengan harga RM20/kg hidup.Oleh yang demikian, projek kambing amat viable di negara kita.

Labels: , , ,

Saturday, 1 September 2007

JADIKAN PERTERNAKAN SUATU PERNIAGAAN

‘’Kita bukan ke belakang tetapi kita akan lihat era baru industri pertanian negara yang menakjubkan, malah kita akan memberikan lagi nilai tambah kepada industri ini,”- PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Malaysia perlukan 600,000 ekor kambing daging setahun – mengikut perangkaan JPH, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600,000 ekor) pada 2003. Setakat ini, kira-kira 1000 tan ataupun hanya 6-7% yang diperolehi dari penternak tempatan dan selebihnya diimport. Ini adalah potensi yang sangat besar untuk mereka yang menceburi bidang ini. Keperluan dijangka meningkat kepada 20,000 tan metrik pada 2010. Ini menunjukkan perlunya lebih banyak pengwujudan ladang-ladang komersil baru.Dengan ini jelas menunjukkan perlunya lebih banyak penternak-penternak komersil baru diwujudkan dengan lebih banyak lagi bagi menampung keperluan negara.“JADIKAN PERTERNAKAN SUATU PERNIAGAAN

Labels: ,

Tuesday, 21 August 2007

Kebaikan Daging Kambing

Salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.Kajian Persatuan Jantung Amerika menyarankan, daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.Bukan itu sahaja:Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.Daging Kambing Boer memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.Dengan ini, Casserose bersetuju bahawa:Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.

Labels: , , ,