Saturday, 8 September 2007

TUJUAN PEMELIHARAN DAN BAKA KAMBING

TUJUAN PEMELIHARAAN

Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.2. BAKA-BAKA KAMBINGBaka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:Jenis susu Air Lemak Protin Gula % Abu
Ibu........... 87.8 3.8 1.2 7.0 0.2
Lembu...... 87.3 3.7 3.3 4.8 0.7
Kambing... 87.6 4.1 3.7 4.7 0.7
Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
1- Kambing Kacang (Katjang)




Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.Berat Lahir Berat DewasaJantan : 1.6 kg Jantan: 25 - 30 kgBetina: 1.8 kg Betina: 20 - 25 kg


2-Jamnapari/EttawahKambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.Berat Lahir Berat DewasaJantan: 3 - 4 kg Jantan: 68 - 91 kgBetina: 3 - 4 kg Betina: 36 -63 kgKambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.





3- Anglo Nubian
Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Berat Lahir Berat DewasaJantan: 3.5 kg Jantan: 70 - 85 kgBetina: 3.9 kg Betina: 55 - 70 kgPengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.


4- Kambing Kacukan
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihar di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 - 25 kg dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.


5- Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini. Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).Berat Lahir Berat DewasaJantan: 3.0 kg Jantan: 68 - 91 kgBetina: 3.3 kg Betina: 36 - 63 kg
6-Kambing Boer

Kambing Boer telah dimajukan di Afrika Selatan sebagai baka untuk daging. Perkataan "Boer" dirujuk kepada keturunan dari pendatang Belanda yang ramai daripadanya adalah peladang yang terus menetap di negara itu. Oleh itu "Boer" sebenarnya bemaksud "Kambing peladang". Oleh kerana penternakan baka yang terpilih secara mendalam yang diamalkan oleh penternak Afrika Selatan selama lebih dari 50 tahun yang lalu, baka Boer ini dianggap sebagai baka yang terbaik dari segi penghasilan dagingnya. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak kembar.Oleh kerana baka Boer telah dimajukan khusus untuk peghasilan daging dan kebolehannya untuk menurunkan kualiti ini kepada anak-anaknya, bersama kualiti lain termasuk peragutan yang lasak, penambahan kambing jantan Boer kedalam kumpulan kambing ternakan boleh membantu untuk menambahkan kualiti anak-anak kambing tanpa membuat mereka terlalu lembut untuk menjadi kambing peragut.
Harga kambing Boer fullblood adalah disekitar RM2500-3000. Boer fullblood selalunya diimport dari Australia. Baka kambing Boer F1 pula adalah disekitar 700-1200. Harga ini bergantung kepada umur, saiz dan kualitinya.Baka asli dengan campuran kambing dari European, Angora & Indian . Bertanduk dengan telinga yang bergelong. Berbagai warna dan corak. Dianggap sebagai kambing pedaging. Berat jantan diantara 110-135 kg; betina diantara 90-100 kg. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian > 200 g/hari. Cepat matang - biasanya 6 bulan untuk jantan & 10-12 bulan betina. Purata kadar ovulasi 1.7 telur/anak. Biasanya kadar beranak 200% . Memanjangkan tempoh musim beranak - 3 kali beranak dalam masa 2 tahun. Kadar bercerai susu 160%. Boleh meragut - impek terhad kepada rumput atas( grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home