Tuesday 13 November 2007

Jutawan kambing

Kita tanya diri sendiri, kenapa nak buat kambing. Nak bela suka-suka ke? nak buat baka ke?daging ke dll.Pandangan kami, apa-apa pun mengenai industri ini akan berakhir kepada daging. Orang bela kambing sebab nak daging. Tapi dari situ kita boleh pecahkan kepada beberapa bahagian. Kalau kita hanya fikirkan mengenai satu skop marketing, kita sukar nak berkembang.Ini yang aku dapat hasil dari pengkajian, pemerhatian dan penelitian aku terhadap industri ini.

1. Bela kambing sebab nak trade- ini perkara yang banyak dilakukan oleh penternak (termasuk apa yang kami buat sekatrang). Beli kambing kat lain lepas tu jual semula kat orang lain samada penternak lain, butcher atau consumer terakhir. Kenapa ramai orang buat, sebabnya kos pulangan cepat dan kos operasi rendah. Macam kambing akikah, kita beli kat orang lain then jual kat consumer terakhir. Jarang orang baru, bela kambing dari awal untuk buat akikah. Lama nak tunggu tu...2 tahun ... Juga, untuk menampung kos operasi semasa dan juga aliran wang tunai. Ramai tak mampu menyediakan modal pusingan yang banyak. Jadi kita menampungnya dengan membuat trading. Importer juga salah satu cabang trading kambing. Tak kira la, import kambing daging ke, baka ke, susu ke, semuanya nak tolak kat orang lain.



2. Bela kambing sebab nak biak-
Jarang orang dapat buat tapi ramai yang nak buat. Untuk membiakkan kambing ada lah satu perkara yang sukar tetapi tidak mustahil. Sukar kerana, masa yang panjang diperlukan untuk kambing membiak dan modal yang besar diperlukan. Kalau kita mula dengan 30 ekor kambing baka untuk dibiakkan, kita memerlukan paling cepat 15 bulan baru boleh tuai hasil tetapi 2 tahun adalah masa yang paling sesuai untuk menuai. Katakan kita buat boer, untuk 30 ekor, kita memerlukan sekurang2nya 2 pejantan untuk itu. Kemudian kena pastikan bahawa kambing baka adah lah dari gred yang bagus. Gred F3/F4 adalah dicadangkan.Kenapa gred kena bagus? Sebab, kambing baka yang baik dikenal pasti akan memberi anak kembar setinggi 180%. Kadar kelahiran kembar amat penting untuk pembiakan. Jika gred yang rendah diguna-pakai, maka kadar kelahiran hanya dari 1 ke 1.5 sahaja dan daya ketahanan serta tumbesaran anak amat perlahan berbanding dengan anak dari baka yang baik. Jadi kami mencadangkan agar baka untuk betina tidak rendah dari F3 dan Jantan mesti Fullblood.
Kita cerita tentang kos pulak. Berapa coastingnya?Untuk Penjantan kita boleh dapat dalam sekitar RM2000.00 tapi untuk baka yang baik, tidak kurang dari RM2500.00. Kalau 2 ekor pejantan dah RM5000.00.Untuk betina F3 boleh dapat dalam kitaran RM800.00. Tapi betina F3 yang bagus dlm kitaran RM1000.00. Jadi kalau 30 ekor = RM30,000.00.Untuk kandang pula dlm RM15000.00 untuk kapisiti 100 ekor. (kena siap sedia untuk pembesaran). Fasiliti yang lain macam rumah pekerja, api/air dan kawasan lebih kurang dlm RM5000.00.Sp, capex total RM55,000.00. Nak juga kena kira operation cost. Macam makan, ubat, gaji dll. Operation cost running untuk 2 tahun. Lama tu woo....Jom cerita pasal perkembangan kambing.Kambing boleh beranak 2 kali setahun. Kalau sekor menghasilkan 4 ekor anak setahun, so 30 ekor x 2 tahun x 4 = 240 ekor. Jadi kambing dah bertambah kepada 240 ekor dlm masa 2 tahun. Katakan 10% kematian (dah sangat tinggi) jadi bilangan kambing ada dlm 2 tahun adalah lebih kurang 215 ekor. Asal ada 30 ekor je. Dlm masa 2 tahun dah ada 215 ekor. Tapi itu atas kertas je. Kena tengok macam mana kita manage kambing tu. Dlm masa 2 tahun tersebut, pejantan kena ditambah kepada 3 ekor lagi sekurang2nya. Ini adalah kerana, anak yang terhasil dari pejantan yang sebelumnya, tidak boleh dikahwin semula kepada keturunan yang sama. Sekurang-kurangnya 4 keturunan baru boleh kahwin balik. Kira macam sumbang mahram la ni. Ini demi menghasilkan genetik yang baik untuk si kambing.Oleh itu akan ada pertambahan capex semasa pembesaran kambing. Juga kos operasi kena kira sampai 215 ekor. Jadi jangan lupakan kos tersebut semasa membuat perkiraan kertas kerja. Kos2 lain yang terlibat semasa proses ini adalah pembesaran infrastruktur. Nak tampung 215 ekor dan tidak kurang dlm masa 2 tahun. Agak2, berapa besar la kandang tu.Oleh itu, campur tolak kos, kira RM150k diperlukan untuk proses pembiakan ini. Macamana pulak nak cover modal. Dari 215 ekor yang ada, kita bahagi kepada 3 bahagian. Daging, baka dan stock. 30% boleh dijual sebagai kambing daging. Ini boleh ditentukan sejak kambing cerai susu. Samada kambing tu boleh jadi baka atau digemukkan untuk daging. Sekor kambing daging boleh mencecah 60kg - 80kg dimana dijual paling rendah RM13 dan paling tinggi RM18 sekilo. Jangan jual mahal2, nanti susah nak tolak kat butcher. Kalau kita ambil yang paling rendah, RM13/kg x 60kg = RM780 sekor x 70 ekor = RM54600 adalah pulangan hasil dari daging sahaja. 70% lagi adalah kambing baka. Katakan 40% dijual sebagai baka dimana harga tidak kurang RM1000 sekor. Anak yang terhasil tidak urang dari gred F4. Ini adalah hasil kacukan antara pejantan fullblood dengan betina F3/F4 tadi. So harga paling rendah RM1k. Oleh itu RM1k x 85 ekor = RM85k. Selebihnya disimpan untuk pembesaran perniagaan.Dlm masa 2 tahun dah boleh dapat break even dlm perniagaan dan tahun2 yang selebihnya adalah masa nak tukar kerata baru, rumah baru dan juga bini baru kui kui kui....Itu adah serba sedikit camna nak kira proses pembiakan kambing boer. Modal besar maka pulangannya juga besar. Kebanyakan kita tak mampu so dlm masa tu kena selitkan trading. Jadinya boleh la menampung kos untuk breeding. Kalau kita pandai kira dan manage, modal hanya dlm linkungan RM80k sahaja untuk 30 ekor kambing.

p/s : kira habis mahal dan jual habis murah dah tu.


3. Bela kambing nak suka2 + belajar- ada jugak yang bela kambing nak suka-suka dan juga nak belajar serta carik pengalaman sebelum terjun ke bidang ini secara serius. Kebanyakan yang buat ni, adalah meraka yang masih bekerja. Takut beb kalau tak jadi. Bagus, sebab langkah ini adaha langkah awal untuk penglibatan yang lebih dalam. Dari sini dah kaji samada berbaloi atau tidak buat kambing ni. Golongan ini kebanyakannya terdiri dari mereka yang sayang kat kambing ni. Modal tak besar. Hanya buat kandang ala kadar, pastu beli kambing kampung ke, biri-biri ke pastu letak kat kandang. Bagi makan sikit-sikit pastu tunggu orang datang beli. Selalunya orang datang beli untuk akikah la. Seronok tapi tak berapa nampak hasil dari segi wang ringgit, tapi dari segi pengalaman, jangan lawan Manakan tidak, sakit pening kambing semuanya dia ambik tahu. Ubat apa nak bagi, makan apa yang best. Kira, tau macam-macam pasal tabiat kambing.Kebanyakan penternak yang aku pernah jumpa yang buat begini, lama-kelamaan akan terjun dan buat secara intensif setelah terjumpa lubuk emas kambing ni tapi ada jugak terus tutup dgn alasan, tak berbaloi. So, dlm hal ni tak boleh salahkan sesiapa kerana kena kira nasib gak. Kalau dok diam-diam buat sendiri, sapa nak tau. Tapi kalau sesambil tu dok survey market pastu buat kajian dgn lebih terperinci dan lain-lain, boleh la jumpa lubuk-lubuk emas dlm perniagaan ini.Apa yang pasti, pengalaman penternak begini tetang kambing boleh dikira sangat bagus. Macam-macam boleh tanya tentang kambing kat diaorang ni.



Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home